Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
8 sudu the rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul
semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan
kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit
. Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa
tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan
kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam
mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang
menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p
: Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata
putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar
unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan
baik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar